2025-10-15 HaiPress

Foto HIASAN
KUALA LUMPUR,15 Oktober - Penutupan Taman Laut susulan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) bagi menjamin keselamatan penggemar aktiviti air.
Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia,Abdullah Jaafar berkata penutupan itu mengambil kira faktor ketidaktentuan cuaca yang berlaku ketika peralihan monsun.
Ia termasuk kehadiran ombak besar,cuaca yang esktrem dan hujan lebat yang berisiko mengancam nyawa.
Jelasnya,tempoh penutupan ini juga disifatkan waktu terbaik bagi mengurangkan tekanan kepada habitat marin dan membolehkan proses pemuliharaan berlaku secara semula jadi.
"Apabila monsun antara November dan Mac biasanya kita akan terima notis daripada Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa kemudiannya Jabatan Laut akan mengeluarkan notis perkapalan mengenai larangan pelayaran.
Mengambil kira kedudukan itu,maka kita akan buat keputusan untuk menutup Taman Laut berkenaan daripada aktiviti air seperti selam skuba dan sebagainya kerana untuk menjaga keselamatan pengunjung," katanya kepada Berita RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur