2025-10-15 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,15 Oktober — Sebanyak 61 projek pembinaan sekolah baharu di seluruh negara dijangka siap menjelang tahun hadapan termasuk beberapa kompleks sekolah baharu yang sedang dibangunkan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek berkenaan dilaksanakan di bawah rancangan pembangunan fasa lima Rancangan Malaysia Ke-12 dengan tumpuan kepada pembinaan sekolah di kawasan berkeperluan tinggi.
Kesemua projek tersebut menggunakan 70 peratus komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi memastikan pelaksanaan lebih cepat,kos efektif dan menepati dasar kerajaan dalam memperkasa teknologi pembinaan hijau serta lestari.
"Ini bukan pertama kali projek yang dijalankan hasil kerjasama antara JKR atau KKR Malaysia bersama Kementerian Pendidikan (KPM).
Banyak sekolah telah dibina di seluruh negara dan tahun ini juga beberapa projek baharu akan dilaksanakan bagi membina lebih banyak sekolah di seluruh negara," katanya.
Tambah beliau,langkah ini diambil bagi menangani isu sekolah berkepadatan tinggi dan keperluan kemudahan pendidikan yang semakin meningkat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah Presint 15,di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPM,Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim.
Mengulas lanjut,Datuk Seri Alexander berkata Kompleks Sekolah Presint 15 dibina dengan kos RM117 juta dan berjaya disiapkan 45 hari lebih awal daripada jadual asal.
Projek berkenaan menggunakan teknologi Building Information Modelling (BIM) tahap LOD500,yang menepati piawaian pembinaan tertinggi JKR.
Menurutnya,pencapaian ini menunjukkan keupayaan JKR melaksanakan projek pembangunan pendidikan dengan cekap,telus dan menepati sasaran masa serta kualiti.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur