2025-10-15 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Oktober - Pusat bandar raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung minggu depan.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan seramai 16,000 anggota dari seluruh negara bagi membantu dan memastikan kelancaran aliran trafik.
"PDRM juga akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi dari 23 hingga 28 Oktober ini.
Pusat bandar raya Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan," katanya.
Terdahulu,Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) menerusi laman "X" memaklumkan beberapa laluan utama di ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Sidang Kemuncak tersebut.
Penutupan jalan melibatkan Jalan Ampang,Jalan P. Ramlee,Jalan Yap Kwan Seng,Jalan Pinang,Jalan Tun Razak (sekitar KLCC),Jalan Kia Peng dan sebahagian Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
DBKL memaklumkan penutupan akan dijalankan secara berperingkat mengikut jadual dan keperluan trafik,terutamanya melibatkan pergerakan delegasi dan acara rasmi sidang tersebut.
Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal,menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang tempoh berkenaan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur