2025-10-15 HaiPress

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Sebanyak 754,822.28 hektar bersamaan 92.20 peratus,jumlah kawasan bertanam bagi kategori Pekebun Kecil Persendirian (PKP) dipersijilkan dengan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2.0 setakat 31 Ogos 2025.
Manakala bagi Pekebun Kecil Tersusun (PKT),melibatkan sebanyak 397,310.80 hektar bersamaan 60.11 peratus dan ladang komersial pula,sebanyak 3,977,039.92 hektar bersamaan 96.22 peratus.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata Institut Hutan Eropah (EFI) mengesahkan MSPO 2.0 yang bermula sejak Januari lalu selari dengan keperluan Peraturan Kesatuan Eropah tentang Produk Bebas Penebangan Hutan (EUDR).
"MSPO 2.0 memperkenalkan syarat lebih ketat termasuk tarikh akhir penyahhutanan pada 31 Disember 2019,keperluan kebolehjejakan rantaian bekalan serta aspek tadbir urus sosial dan alam sekitar yang lebih menyeluruh.
"Penambahbaikan MSPO 2.0 juga memperluaskan skop pensijilan kepada keseluruhan bekalan rantaian bekalan sawit negara termasuk fasiliti pemprosesan dan peniaga sawit," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukan ahli parlimen Betong,Datuk Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri berhubung status pelaksanaan pensijilan MSPO 2.0 di Dewan Rakyat.
Tambah beliau,sistem e-MSPO turut dibangunkan sebagai platform digital bagi mengurus data dan keseluruhan proses pensijilan MSPO.
Kementerian juga katanya sedang membangunkan sistem bersepadu iaitu Sistem Kebolehjejakan Nasional Komoditi Sawit yang membolehkan penjejakan dalam seluruh rantaian bekalan sawit negara.
Selain itu,dengan pendekatan inklusif MSPO yang mematuhi keperluan EUDR membuktikan industri sawit negara bukan sahaja menepati piawaian kemampanan antarabangsa,malah turut menyokong kesejahteraan komuniti tempatan yang bergantung kepada komoditi berkenaan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur