2025-10-15 HaiPress

Datuk Fahmi Fadzil ketika hadir pada peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin / BERNAMA
SIPITANG,15 Oktober - Capaian digital ke kawasan luar bandar,diperluas menerusi inisiatif NADI On Wheels,NOW.
Pelaksanaan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama MCMC membolehkan komuniti tempatan memperoleh manfaat kemahiran digital dan keusahawanan dalam talian.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan komited memperluas keterhubungan dan memperkasa komuniti luar bandar agar tidak tercicir daripada arus kemajuan negara.
Pelancaran program di sini telah dilengkapi peranti Starlink dengan kelajuan capaian hingga 250 megabit sesaat dan sejumlah tablet untuk kegunaan masyarakat setempat.
"Sehingga kini,terdapat 1,099 NADI di seluruh negara termasuk 131 di Sabah.
Walau bagaimanapun,komuniti yang paling banyak memperoleh manfaat merupakan mereka yang berada sekitar dua hingga tiga kilometer dari lokasi NADI",katanya selepas merasmikan Hari bersama Komuniti dan Peluncuran NOW,peringkat Sabah di sini.
Datuk Fahmi turut memaklumkan pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut Madani (SALAM) bernilai RM2 bilion yang bakal menghubungkan Semenanjung,Sarawak dan Sabah,dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Pelaksanaannya akan menambah baik kestabilan sambungan internet.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur