2025-10-15 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,15 Oktober - Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ ) terus menunjukkan momentum luar biasa sebagai pemangkin utama pelaburan strategik antarabangsa.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook memaklumkan,bagi separuh pertama tahun 2025,jumlah pelaburan yang diluluskan di JS-SEZ mencecah RM37 bilion,daripada keseluruhan pelaburan di Johor yang bernilai RM56 bilion.
Perdana Menteri terdahulu mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa ke-35,Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Mesyuarat turut meneliti kemajuan pelaksanaan JS-SEZ termasuk potensi sektor utama,kesan pelaburan sedia ada serta langkah memperkukuh fasilitasi pelaburan,khususnya melalui Zon Kewangan Khas Forest City.
Setakat ini,Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) telah menarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan bernilai RM29.5 bilion.
Perdana Menteri turut menekankan kepentingan penyediaan kemudahan asas yang mencukupi,agar pembangunan pesat di Iskandar Malaysia bersifat inklusif dalam memastikan tiada kelompok masyarakat terpinggir dari arus kemakmuran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur