2025-10-15 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,15 Oktober -Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu,disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.
Pada 8.01 pagi,unit tempatan meningkat kepada 4.2220/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2305/2355 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.20 peratus kepada 99.064 mata selepas Pengerusi Fed memberi isyarat peningkatan risiko dalam pasaran buruh.
Beliau berkata keadaan itu sekali gus meningkatkan jangkaan terhadap pengurangan kadar faedah oleh mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang akan datang.
“Unjuran terbaru oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan ekonomi global dijangkakan berkembang 3.2 peratus pada 2025,semakan naik daripada unjuran pada Julai lepas.
“Sementara itu,rundingan perdagangan yang diadakan antara AS dan kalangan ekonomi utama lain menunjukkan perkembangan positif,sekali gus memberi kejelasan dasar yang lebih baik berbanding pada April 2025 apabila pasaran tidak bersedia terhadap kejutan atau kesukaran,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka menunjukkan prestasi sedikit lebih baik hari ini,dengan pasangan USD/MYR dijangka diniagakan antara RM4.22 hingga RM4.23.
Bagaimanapun,ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.8988/9156 daripada 4.8879/8937 ketika ditutup semalam,dan lemah berbanding pound British kepada 5.6241/6434 daripada 5.6118/6184.
Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.7840/7938 daripada 2.7808/7843.
Ringgit juga didagangkan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9358/9866 daripada 12.8975/9182 ketika ditutup pada Selasa,dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2514/2631 daripada 3.2512/2553.
Ringgit kurang stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/255.2 daripada 254.8/255.2,dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.28 daripada 7.26/7.27. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur