2025-10-15 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,15 Oktober -Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM38.34 bilion manakala dalam sistem Islam sebanyak RM17.73 bilion.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM41.3 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM20.8 bilion. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur