2025-10-15 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,15 Oktober – Belanjawan 2026 menzahirkan semangat reformasi dan aspirasi MADANI dengan tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi serta strategi pertumbuhan jangka panjang.
Penyelidik Bersekutu Khazanah Research Institute (KRI),Mohd Nazhan Kamaruzuki berkata,inisiatif yang digariskan bukan sahaja menjamin momentum pertumbuhan berterusan,malah memastikan Malaysia berupaya menampan sebarang kejutan luaran pada tempoh akan datang.
“Contohnya,sektor-sektor pilihan yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) terus menerima pelbagai imbuhan,insentif serta dana.
'Maka,menerusi usaha ini terserlah kekuatan ekonomi negara serta potensi yang perlu diteroka bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjana pekerjaan bernilai tinggi untuk bakat tempatan,” ujarnya selepas Program Biz Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Beliau turut menegaskan,program bantuan rakyat yang diteruskan dalam Belanjawan 2026 perlu dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanannya dalam membantu golongan sasar.
''Sesi libat urus dengan pihak berkepentingan perlu diteruskan agar bantuan yang tersedia dapat ditambah baik,mencapai objektif serta berjaya meningkatkan kesejahteraan golongan tersebut.
''Ini merangkumi program rangsangan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),di samping inisiatif berkaitan perumahan mampu milik,infrastruktur kesihatan dan pendidikan yang turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat,'' katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur