2025-10-17 HaiPress

Gambar Hiasan
SIPITANG,16 Oktober- Tiada unsur buli atau pergaduhan berhubung insiden foto tular seorang pelajar perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah,Sipitang,Sabah yang cedera berlumuran darah.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi Guru Besar SK Padang Berampah,Ag Ku Jainuddin Ag Wahab,hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa kemalangan yang berlaku ketika pelajar bermain sesama sendiri.
"Sebagai tindakan segera,pihak sekolah telah membawa murid yang terlibat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Gambar yang tular adalah gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke hospital," kata kenyataan itu.
Selain itu,ibu bapa murid yang terlibat juga telah dihubungi serta dimaklumkan tentang kejadian ini.
Tegas Ag Ku Jainuddin,pihak sekolah akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan semua murid serta akan mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur