2025-10-17 HaiPress

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari/BERNAMA
SHAH ALAM,16 Oktober- Selangor bersedia menyalurkan bantuan tambahan bagi menampung kos baik pulih rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut dan puting beliung di kawasan Telok Panglima Garang,Kuala Langat,pada Rabu.
Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari berkata perincian bantuan akan diumumkan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri,esok.
Jelasnya,setiap rumah terjejas menerima sumbangan RM500 di bawah Tabung Bencana Negeri,setakat ini.
Namun,jumlah berkenaan dijangka akan ditambah susulan tahap kerosakan yang lebih besar kali ini.
"Esok,saya akan dapatkan laporan lengkap,namun MBI telah menyalurkan bantuan awal sekitar RM400,000. Esok juga,kita akan meninjau lagi kerana kementerian telah mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah sekolah."
"Berdasarkan laporan awal,kita memerlukan antara RM200,000 hingga RM400,000 untuk membaiki kerosakan di Sekolah Agama Kg Medan. Kerajaan negeri akan segera memperbaiki kerosakan yang berlaku."
"Bagi kerosakan rumah,kita akan menilai semula jumlah rumah yang terjejas akibat ribut besar yang melanda. Kejadian ini antara yang paling kuat dan menakutkan dalam tempoh 3-4 tahun,malah sepanjang saya menjadi Menteri Besar,ia merupakan antara ribut paling kuat yang pernah saya saksikan," kata Datuk Seri Amirudin,hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sagong Tasi Selangor 2025,di sini.
Terdahulu,Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) menyalurkan bantuan awal bernilai RM400,000 bagi membaik pulih sekolah dan kediaman yang terjejas di Telok Panglima Garang,Kuala Langat dan Meru,Klang.
Daripada jumlah itu,RM100,000 disalurkan kepada Pusat Khidmat DUN Sijangkang dan RM50,000 kepada DUN Meru untuk kerja baik pulih rumah penduduk.
Antara sekolah terjejas termasuk SMK Sijangkang Jaya,SK Sijangkang Jaya,SK Kampung Medan,SK Jalan Tanjung serta SRA Kampung Medan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur