2025-10-17 HaiPress

GAMBAR HIASAN/RTM
KUALA LUMPUR,16 Oktober - Majoriti Ahli Parlimen menuntut pelaksanaan reformasi menyeluruh sektor pendidikan susulan pelbagai kontroversi dan insiden dalam institusi pendidikan kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Ampang,Rodziah Ismail,menegaskan reformasi itu perlu menumpukan kepada usaha mengurangkan beban tugas pentadbiran guru supaya mereka dapat menumpukan kepada peranan utama sebagai pendidik.
“Wujudkan sistem pembantu guru,teacher assistant dan pegawai data sekolah ada seorang sahaja yang buat untuk hantar data data ini dan menilai semula sistem pentadbiran pendidikan menggunakan prinsip bebaskan guru untuk mendidik,” katanya.
Rodziah turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Khas (Task Force) Beban Guru dan Keselamatan Sekolah bagi meneliti isu berkenaan secara menyeluruh,termasuk mewujudkan sistem tunggal Pendidikan Digital Nasional yang mengintegrasikan semua laporan agar tidak bertindih antara peringkat kementerian,jabatan dan pejabat pendidikan daerah.
Rodziah turut mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Khas (Task Force) Beban Guru dan Keselamatan Sekolah bagi meneliti isu berkenaan secara menyeluruh.
Cadangan itu juga merangkumi penubuhan Sistem Tunggal Pendidikan Digital Nasional bagi menyepadukan semua laporan agar tidak bertindih antara kementerian,jabatan dan pejabat pendidikan daerah.
Beliau menegaskan,langkah itu penting untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih efisien,di samping membolehkan tenaga pengajar menumpukan sepenuhnya kepada kualiti pengajaran dan kesejahteraan murid.
Sementara itu,Ahli Parlimen Bagan,Lim Guan Eng,mencadangkan agar kerajaan mengembalikan hukuman rotan di sekolah dengan tatacara lebih tersusun serta diperluaskan ke sekolah swasta.
Beliau turut mencadangkan agar peruntukan khas disalurkan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di hampir 10,000 sekolah bagi meningkatkan keselamatan pelajar dan warga sekolah.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN–Kinabatangan),Azli Yusof (PH–Shah Alam),Sim Tze Tzin (PH–Bayan Baru),Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN–Pokok Sena) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN–Kuala Kangsar) yang menekankan keperluan reformasi institusi pendidikan,keselamatan pelajar,infrastruktur dan pembiayaan pendidikan.
Dalam perbahasan lain,Ahli Parlimen Baram,Datuk Anyi Ngau (GPS–Baram),meminta kerajaan memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur asas di Sarawak,khususnya penyediaan akses jalan raya dan bekalan elektrik 24 jam di kawasan luar bandar.
Sementara itu,Sim Tze Tzin (PH–Bayan Baru) pula berharap pembangkang dapat membentangkan Belanjawan Alternatif bagi memperincikan strategi pengurusan kewangan negara termasuk aspek penjimatan dan kebajikan rakyat.
Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung Rabu ini selepas cuti umum sempena perayaan Deepavali.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur