2025-10-17 HaiPress
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/ BERNAMA
SEREMBAN,16 Oktober - Sebuah hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) bersepadu pertama di Malaysia akan dibangunkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,arah Selatan dan dijangka siap menjelang awal tahun 2027.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,projek yang melibatkan kos kira-kira RM12 juta itu merupakan inisiatif dengan dasar kerajaan dalam mempercepat peralihan tenaga dan mobiliti rendah karbon.
"Saya difahamkan,secara teknikalnya,jika pengecasan biasa digunakan ia menggunakan arus ulang alik (AC) dan boleh mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan jam. Tetapi dengan pengecas pantas ini,ia hanya mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk cas penuh.
"Sebagai contoh,jika spesifikasi kenderaan itu membolehkan ia bergerak sejauh 400 kilometer dengan satu cas penuh,maka dalam tempoh 20 hingga 30 minit,kenderaan itu sudah bersedia untuk digunakan semula. Ini menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi kecekapan dan kepantasan pengecasan",katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Hab Pengecasan EV Bersepadu Pertama di Malaysia di R&R Seremban arah Selatan.
Dalam pada itu,reka bentuknya hab EV itu bakal dilengkapi dengan 20 poin pengecasan pantas,selain ruang makan minum,tandas dan surau.Projek turut menampilkan penggunaan infrastruktur tenaga solar,membuktikan komitmen terhadap amalan tenaga boleh diperbaharui.
Tambahnya,kerajaan komited untuk mencapai sasaran mewujudkan 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Sementara itu,kira-kira RM1.9 juta diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan struktur bangunan yang rosak susulan kejadian ribut di Selangor semalam.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,premis berkenaan membabitkanSekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya,SK Kampung Medan,Sekolah Rendah Agama Kampung Medan,SK Jalan Tanjung,Tabika Kemas Kampung Medan dan Pejabat PenyelarasDewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bertindak pantas melaksanakan pemeriksaan di lokasi terlibat serta menutup kawasan berisiko dalam tempoh 24 jam pertama selepas kejadian.
"Langkah susulan kini menumpukan lebih dahulu kepada penilaian forensik struktur dan keselamatan elektrik sebelum kerja pembaikan kekal dimulakan.
"Ini kerana siasatan terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu,dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan setiap tindakan pembaikan kekal dibuat dengan tepat dan selamat",katanya.
Terdahulu,media melaporkan beberapa kawasan sekitar Meru dan Kuala Langat Selangor dilanda ribut menyebabkan kerosakan pada kediaman,sekolah serta kenderaan penduduk.
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
Niaga hadapan MSM ditutup tinggi
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur