2025-10-17 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Oktober - Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM) menutup tirainya hari ini dengan kejayaan,sekali gus menandakan permulaan bab baharu dalam kerjasama tenaga serantau.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,mesyuarat itu berjaya melaksanakan Keutamaan Hasil Ekonomi bagi tahun 2025,termasuk pengesahan Memorandum Persefahaman (MoU) Dipertingkat mengenai Grid Kuasa ASEAN (APG).
Beliau berkata,ia termasuk pengesahan ASEAN Petroleum Security Agreement (APSA),Pelan Tindakan Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa II: 2026–2030 serta mengenai ASEAN Power Grid Financing (APGF).
“Hasil-hasil ini bukan sekadar dokumen dasar. Ia mencerminkan tekad ASEAN untuk mempercepatkan peralihan tenaga bersih,memperkukuh kesalinghubungan serantau,serta merangka hala tuju ke arah masa depan yang lestari dan makmur.
“Petang tadi,Perdana Menteri telah mengingatkan kita bahawa tenaga bukan sahaja nadi kepada ekonomi,tetapi juga asas kestabilan sosial,kemakmuran bersama,dan pengaruh global ASEAN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala AMEM dan Anugerah Tenaga ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata,ASEAN telah membuktikan bahawa kesepaduan rantau ini mampu menukar aspirasi menjadi pencapaian.
Beliau berkata,walaupun negara-negara ASEAN berbeza dari segi budaya,bahasa dan sejarah,rantau ini tetap bersatu di bawah satu visi,masa depan yang aman,makmur dan lestari untuk rakyatnya.
“Kerjasama serantau turut memperkukuh integrasi,memperluas peluang dan memajukan teknologi bagi menyediakan tenaga bersih,selamat dan boleh dipercayai kepada generasi akan datang,” katanya.
Terdahulu,majlis makan malam gala sempena AMEM turut meraikan para penerima Anugerah Tenaga ASEAN 2025 yang diiktiraf atas inovasi,kerjasama dan kepimpinan dalam bidang tenaga.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur