2025-10-17 HaiPress

Muhar Hussain (dua kiri) pada Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Penduduk Desa-Desa KEDA Zon 9,daerah Bandar Baharu di Dewan Desa KEDA Sungai Tengas
BANDAR BAHARU,17 Oktaober- Penantian hampir tiga dekad oleh 22 penduduk DesaLembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)Sungai Buluh dan Desa KEDA Sungai Kechil Ilir di daerah Bandar Baharu untuk memiliki geran hak milik akhirnya berakhir apabila mereka menerima dokumen tersebut.
Penyerahan geran disempurnakan oleh Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Kulim/Bandar Baharu,Datuk Muhar Hussain pada Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Penduduk Desa-Desa KEDA Zon 9,daerah Bandar Baharu yang berlangsung di Dewan Desa KEDA Sungai Tengas.
Dalam ucapannya,Muhar menasihatkan penerima agar menjaga rumah dan tanah yang dimiliki dengan penuh tanggungjawab serta menghargai usaha kerajaan melalui KEDA dalam membantu masyarakat luar bandar memiliki aset sendiri.
Beliau berkata,pemilikan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada keluarga tetapi turut menjadi asas penting dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti desa.
Pada majlis itu,Pengurus Bahagian Hartanah dan Prasarana KEDA,Rojani Romeli turut menyampaikan taklimat mengenai tanggungjawab dan prosedur pemilikan geran tanah bagi memastikan pengurusan aset dilakukan secara teratur serta mengikut peraturan.
Majlis berkenaan dilihat mencapai objektif dalam memperkukuh kesejahteraan penduduk dan mengiktiraf peranan KEDA dalam memperkasa komuniti luar bandar melalui pemilikan aset sah dan bernilai,selaras aspirasi kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur