2025-10-17 HaiPress

Tan Teng Boo
KUALA LUMPUR,17 Oktober- Sasaran defisit fiskal 3.5 peratus dalam Belanjawan 2026 disifatkan pakar ekonomi sebagai realistik berikutan langkah konsolidasi fiskal yang telah digerakkan kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics,Tan Teng Boo berkata,pelaksanaan pengurangan subsidi bersasar dan semakan semula struktur cukai menunjukkan kerajaan berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran tersebut.
"Kita sebenarnya telah melaksanakan pelbagai langkah penting. Beberapa subsidi telah dikurangkan dan cukai tertentu telah disemak semula. Jadi,saya fikir bahagian paling sukar sudah pun dilakukan," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan bertajuk 'Tarif Baharu Trump: Perang Perdagangan Kembali,Apa Seterusnya untuk Malaysia?' di sini hari ini.
Beliau berkata,sekiranya ekonomi global kekal stabil,sasaran defisit tersebut boleh dicapai tanpa menjejaskan komitmen kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan domestik.
Pada masa sama,beliau menyifatkan Belanjawan 2026 selari dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kerana merangkumi pelbagai inisiatif utama termasuk pembangunan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dan pelaburan dalam tenaga boleh baharu (TBB).
Menurutnya,pendekatan itu membuktikan kesediaan kerajaan memodenkan ekonomi negara melalui pendigitalan dan agenda kelestarian,di samping memastikan peralihan strategik kepada sektor bernilai tinggi.
Beliau turut menegaskan hubungan baik antara Malaysia dan China menjadi kelebihan besar kepada negara dalam menarik pelaburan dan memperkukuh potensi perdagangan termasuk melibatkan sektor pelancongan dan perkhidmatan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur