2025-10-17 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Oktober – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu memperkukuhkan operasi perniagaan dan proaktif meneroka pasaran baharu sebagai persediaan menghadapi sebarang ketidaktentuan luaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics,Tan Teng Boo berkata,langkah itu penting bagi menjamin kepelbagaian sumber dan permintaan berterusan,sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pasaran konvensional seperti Amerika Syarikat (AS) dan China.
Jelasnya,peluasan kepada pasaran baharu akan turut mewujudkan kesan limpahan kepada sektor lain seperti pelancongan dan perkhidmatan.
Pada masa sama,PKS tempatan harus memanfaatkan penggunaan teknologi terkini bagi melonjakkan produktiviti dan meningkatkan daya saing berbanding pasaran lain.
"Produktiviti PKS kita masih rendah,maka mereka sukar bersaing di pasaran global. Walaupun kerajaan menyediakan banyak insentif automasi,lebih banyak perlu dilakukan.
Ia bukan sekadar soal pembiayaan,tetapi juga bimbingan teknikal dan latihan supaya mereka tahu cara mengautomasikan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan bertajuk ‘Tarif Baharu Trump: Perang Perdagangan Kembali,Apa Seterusnya untuk Malaysia?’ di sini,hari ini.
Tambahnya,usaha itu juga perlu digabungkan dengan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang wajar diperluaskan.
“Jika kita lihat kejayaan negara seperti Korea Selatan dan Jerman,ia berpunca daripada kekuatan TVET,bukan universiti. TVET menentukan kejayaan. Jadi kerajaan sedang melakukan perkara yang betul,cuma saya rasa ia perlu diberi lebih publisiti dan pengiktirafan,” katanya.
Program TVET juga wajar diberikan pensijilan rasmi mengikut bidang tertentu bagi mengiktirafnya setaraf aliran profesional,seterusnya membolehkan graduan TVET memperoleh gaji lebih tinggi serta menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Sementara itu katanya,perkembangan terbaharu mengenai tarif balas dijangka meningkatkan lagi ketidaktentuan perdagangan global termasuk kepada negara yang mengamalkan ekonomi terbuka.
Presiden Donald Trump sebelum ini berkata AS akan mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas import China selain sekatan terhadap eksport teknologi AS,bermula 1 November 2025atau lebih awal,bergantung kepada tindak balas China dalam isu perdagangan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur