2025-10-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Oktober- Ringgit memulakan dagangan hari ini dengan mencatatkan lebih kukuh berbanding dolar AS,disokong oleh sentimen pasaran domestik yang lebih baik dalam pelbagai perkembangan perdagangan global.
Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2220/2430 berbanding dolar AS daripada 4.2305/2355 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah mendorong kepada penyusutan nilai dolar AS.
"Indeks Dolar AS (DXY) merosot sebanyak 0.26 peratus kepada 98.793 mataberikutan konflik perdagangan yang meningkat dijangka mengukuhkan potensi penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
"Sehubungan itu,ringgit dijangka kekal berdaya tahan,dengan kadar pertukaran USD/MYR diunjurkan berada antara RM4.22 dan RM4.23," katanya kepada Bernama.
Ringgit,bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama,kecualieuro,yang meningkat kepada 4.9165/9410 daripada 4.9213/9272 semasa ditutup semalam.
Ia rendah berbanding pound kepada5.6579/6860 daripada 5.6469/6535 pada Rabu dan merosot berbanding yen Jepun kepada2.7957/8097 daripada 2.7948/7983.
Sebaliknya,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan naik berbanding baht Thailand kepada12.9708/13.0425 daripada 12.9933/13.0151 semasa ditutup semalam,meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2585/2749 daripada 3.2648/2689,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 254.7/256.0 daripada 255.2/255.6 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada7.27/7.31 daripada 7.29/7.30 sebelum ini. -BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur