2025-10-17 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Oktober- Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi seperti biasa selepas mengalami gangguan bekalan kuasa pada pukul 8.30 malam,15 Oktober.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan berkata sebuah tren berjaya dipulihkan untuk beroperasi semula dengan selamat pada pukul 9.27 malam,hari yang sama.
Selepas beberapa pusingan ujian keselamatan dan operasi dijalankan,kedua-dua tren kini beroperasi seperti biasa.
''Ketika tempoh gangguan perkhidmatan,kami mengaktifkan segera langkah-langkah kontingensi termasuk mengerahkan bas ulang-alik serta-merta untuk pemindahan penumpang antara Terminal Utama dan Bangunan Satelit.
''Mesyuarat teknikal tergempar turut diadakan bersama pasukan pengurusan kanan kontraktor projek,termasuk Alstom dan IJM-Pestech Joint Venture (IPJV),yang turut bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pemasangan sistem pengagihan kuasa turut diadakan,'' jelas MAHB dalam satu kenyataan,hari ini.
Bagaimanapun,punca sebenar gangguan itu masih dalam siasatan dan pihak kontraktor akan mengeluarkan kenyataan berasingan bagi memberikan penjelasan teknikal yang lebih terperinci.
MAHB turut meluahkan kekesalan terhadap insiden terbaharu itu memandangkan sistem Aerotrain telah melalui proses ujian,pentauliahan dan pensijilan yang ketat sebelum dilancarkan.
Pengendali lapangan terbang itu akan mengambil langkah tambahan dengan melantik penilai bebas untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap reka bentuk bekalan kuasa serta kualiti kerja pemasangan.
''MAHB kekal komited sepenuhnya untuk memastikan sistem Aerotrain KLIA adalah selamat,boleh dipercayai,dan mampu memberikan tahap perkhidmatan yang tinggi seperti yang dijangkakan dan layak diterima oleh para penumpang kami,'' kata kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur