2025-10-17 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Oktober- Pasaran kewangan Malaysia kekal teratur disebalik ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh perkembangan tarif Amerika Syarikat (AS),kebimbangan terhadap pertumbuhan global serta ketegangan geopolitik.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM),Indeks Tekanan Pasaran Kewangan (FMSI) yang mencecah paras tertinggi pada bulan Mei dan menyederhana selepas itu,mencerminkan kestabilan merentas semua kategori aset.
"Nilai ringgit mengukuh sebanyak 6.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) antara bulan Mac dan September 2025,sebahagian besarnya didorong oleh perkembangan luaran.
"Prospek ekonomi Malaysia yang menggalakkan,pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan serta libat urus berterusan dengan syarikat korporat dijangka memberikan sokongan yang berpanjangan terhadap ringgit," jelas BNM dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Pertama Tahun 2025,hari ini.
Sementara itu,pada separuh pertama tahun 2025,operasi perniagaan kekal teguh,disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dan kegiatan ekonomi yang berterusan.
Bagaimanapun,tekanan kos yang berlarutan,khususnya dalam sektor yang terkesan akibat kos pekerja dan bahan yang lebih tinggi kekal menjadi cabaran.
Tinjauan sama turut mendapati,keupayaan peminjam untuk membayar balik hutang kekal kukuh,disokong oleh standard pemberian pinjaman yang berhemat oleh bank-bank walaupun nisbah hutang isi rumah kepada KDNK meningkat sedikit kepada 84.8 peratus.
Meskipun terdapat tekanan kos sara hidup yang berterusan,tanda-tanda tekanan kewangan dalam kalangan peminjam isi rumah kekal terhad dan terkawal,tanpa mencatatkan trend kemerosotan bayaran balik pinjaman yang meluas.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur