2025-10-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 Oktober - Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),didorong oleh jangkaan bahawa negara maju itu akan menurunkan kadar faedah selain sentimen mengelak risiko di peringkat global.
Pada jam 8 pagi ini,ringgit mengukuh ke paras 4.2160/2335 berbanding dolar AS daripada 4.2275/2300 pada akhir dagangan semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dalam mod mengelak risiko dengan harga emas mencecah paras tertinggi baharu manakala hasil Perbendaharaan AS pula merosot.
“Perkembangan ini dipengaruhi oleh penutupan kerajaan AS yang masih berlanjutan dan melewatkan pengumuman data-data ekonomi penting yang diperlukan bagi membuat keputusan dasar monetari,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar AS susut 0.46 peratus kepada 98.336 yang hanya menambah tekanan terhadap mata wang negara maju itu.
“Ringgit berkemungkinan terus mencatat pengukuhan susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada akhir bulan ini.
"Selain itu,isu melibatkan institusi kewangan dan pihak penyedia pinjaman di AS turut mendapat perhatian dari segi perkembangnya serta kesan ke atas pasaran kredit. Berita seperti ini akan hanya memberi tekanan negatif kepada dolar AS," katanya.
Di peringkat tempatan,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain,kecuali pound Britain yang menyaksikannya mengukuh kepada 5.6663/6898 daripada 5.6792/6826,semalam.
Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9306/9511 daripada 4.9284/9313 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8073/8191 daripada 2.7943/7961.
Selain itu,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ini termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2601/2739 daripada 3.2630/2651 sebelum ini,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/255.4 daripada 254.9/255.2,meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.28 daripada 7.27/7.28 dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.9623/13.0229 daripada 12.9933/13.0151,semalam.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur