2025-10-23 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,23 Oktober- Malaysia akan memimpin Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hujung minggu ini dengan berpaksikan prinsip,keyakinan serta semangat solidariti serantau,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan di Facebook beliau pagi ini,Anwar berkata sidang kali ini mencatat sejarah baharu bukan sahaja dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump,Presiden Brazil,Luiz Inacio Lula da Silva,dan Presiden Afrika Selatan,Cyril Ramaphosa,tetapi turut menandakan kebangkitan semula semangat ASEAN yang berpaksikan nilai kesederhanaan,solidariti dan kesejahteraan bersama.
Beliau menjelaskan,sebagai Pengerusi,Malaysia akan memimpin dengan prinsip dan keyakinan selain terus mempertahankan kepusatan ASEAN,memperkukuh perdagangan bebas,memperjuangkan keamanan serantau serta membawa suara negara-negara Selatan ke pentas global termasuk dalam isu Gaza.
"Malaysia konsisten menuntut keadilan,keamanan berkekalan dan maruah kemanusiaan," katanya.
Anwar berkata Sidang Kemuncak kali ini juga amat bersejarah kerana ASEAN akan meraikan penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 yang melambangkan keterangkuman dan semangat kekeluargaan rantau ini yang semakin utuh.
Dalam masa sama,Malaysia menegaskan pentingnya memperkukuh dialog dan persefahaman antara Thailand dan Kemboja dalam menangani isu-isu berbangkit,selaras dengan semangat diplomasi damai dan perpaduan ASEAN.
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia kekal menyokong usaha damai di Myanmar melalui pendekatan diplomasi berprinsip serta pelaksanaan Konsensus Lima Perkara demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara itu.
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan media akan memperkukuh kefahaman rakyat terhadap peranan Malaysia sebagai negara yang memimpin dengan hikmah,berprinsip dalam pendirian dan berani memperjuangkan keadilan sejagat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur