2025-10-23 HaiPress

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,23 Oktober- Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menjadi antara perhimpunan diplomatik terbesar di rantau ini,sekali gus membuktikan keupayaan Malaysia sebagai kuasa pertengahan yang berjaya menghimpunkan pemimpin utama dunia.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,keistimewaan sidang kemuncak kali ini ialah penyertaan pemimpin dari semua benua utama — Asia,Amerika,Eropah,Latin Amerika dan Afrika — yang diwakili oleh negara-negara berpengaruh di rantau masing-masing.
"Antaranya termasuk Perdana Menteri Australia (Anthony Albanese),Perdana Menteri China (Li Qiang),Perdana Menteri Jepun (Sanae Takaichi),Christopher Luxon (Perdana Menteri New Zealand),Presiden Korea Selatan (Lee Jae‑myung),Timbalan Perdana Menteri Rusia (Alexander Novak),Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump,Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu,António Guterres,Presiden Brazil,Luiz Inacio Lula da Silva dan Perdana Menteri Kanada,(Mark Carney)" katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak,Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Rakyat hari ini.
Turut dijadual hadir ialah Presiden Kesatuan Eropah,Antonio Costa serta Presiden Afrika Selatan,Cyril Ramaphosa.
Menurut Anwar,dasar Centrality of ASEAN yang dipegang Malaysia membolehkan blok serantau itu terus relevan di tengah ketegangan geopolitik global.
Tambah beliau,kehadiran pemimpin utama dunia ke Kuala Lumpur bukan sahaja meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa,malah membuka peluang besar dalam bidang ekonomi,pelaburan serta jaringan strategik jangka panjang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur