2025-10-23 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/RTM
KUALA LUMPUR,23 Oktober -Rundingan antara Thailand dan Kemboja bagi menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan sejak sekian lama,kini di peringkat akhir.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,syarat terperinci penyelesaian dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua hari lagi.
Katanya,kemajuan itu hasil daripada beberapa siri pertemuan yang diusahakan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.
"Bukan sahaja pertemuan yang saya pengerusikan sekali tapi sudah berulang kali pertemuan diadakan di Malaysia di antara ketua-ketua pasukan bersenjata Thailand di Kuala Lumpur,Menteri Luar Kemboja dan Thailand dan baru-baru ini Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand untuk memeterai syarat-syarat terperinci dan sekiranya disepakati dalam satu dua hari ini tandatangan ini akan disaksikan oleh saya dan Presiden Donald Trump yang juga mendukung penyelesaian ini," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Gombak Datuk Seri Amirudin Shari,di Dewan Rakyat.
Tambahnya,perkembangan positif itu mencerminkan keberkesanan diplomasi ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia yang menekankan pendekatan penglibatan secara membina,berbeza dengan dasar tidak campur tangan yang sebelum ini dipegang oleh blok serantau itu.
Selain konflik Thailand-Kemboja,Malaysia turut memainkan peranan penting dalam menghentikan serangan dan penindasan di Myanmar melalui gencatan senjata yang diperluas dan diperhebat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur