2025-10-23 HaiPress

Foto Facebook MetMalaysia
KUALA LUMPUR,23 Oktober -Amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah,Perak dan Selangor hingga 1.00 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan,kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi,Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut,Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.
"Cuaca sama diramal di Sabak Bernam,Kuala Selangor dan Klang di Selangor," menurut kenyataan itu.
Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kuat yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur