2025-10-23 HaiPress

Muhammad Sanusi Md Nor dan Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,23 Oktober- Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menarik balik kenyataan berunsur fitnah dan tohmahan yang pernah dikeluarkan terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menamatkan pertikaian saman fitnah di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini secara baik dan muktamad.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini,kedua-dua pihak bersetuju menghentikan prosiding selepas mengambil kira kesan undang-undang serta kos perundangan,selain isu-isu lebih besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara.
Muhammad Sanusi menarik balik secara terbuka dan tanpa syarat semua kenyataan yang dibuatnya pada 13 November 2022.
Sementara itu,Anwar menghargai langkah itu dan bersetuju menarik semula saman sivil tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
Kenyataan bersama itu juga menegaskan komitmen Muhammad Sanusi untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan yang menjadi asas tindakan guaman,selain merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar,Dr Mohd Johan Lee dan pegawai-pegawai mahkamah atas usaha mediasi yang profesional.
Penyelesaian ini diharap diterima semua pihak dan tidak dijadikan bahan yang mengganggu perpaduan,keharmonian dan kestabilan negara.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur