2025-10-23 HaiPress

Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Oktober -Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) membuka permohonan untuk program pembangunan kapasiti ILTIZAM Catalyst 2026,bermula 16 Oktober hingga 15 Disember depan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera memperkukuh asas perniagaan.
Program itu menawarkan bimbingan pakar dan sokongan teknikal secara langsung yang disesuaikan mengikut keperluan unik setiap syarikat peserta.
Antara aspek yang diberi tumpuan termasuk pengurusan kewangan dan pematuhan,penjenamaan dan pemasaran digital,penggunaan teknologi serta pembangunan kepimpinan.
Menurut Ekuinas dalam satu kenyataan,ILTIZAM Catalyst dilaksanakan secara percuma sepenuhnya dan tidak melibatkan sebarang bantuan kewangan tunai,sebaliknya menekankan pendekatan berasaskan kapasiti dan kemahiran.
"Program ini terbuka kepada PKS dari seluruh Malaysia,dengan keutamaan diberikan kepada syarikat dari kawasan kurang mendapat liputan seperti Sabah,Sarawak,Kelantan dan Terengganu," menurut Ekuinas.
Antara syarat kelayakan permohonan termasuklah syarikat milik Bumiputera sekurang-kurangnya 51 peratus,berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),mempunyai pendapatan tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta bagi dua tahun kewangan terkini,serta komited untuk melengkapkan keseluruhan program.
Sejak diperkenalkan pada 2022,ILTIZAM Catalyst telah memperkasa 57 syarikat bumiputera,sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan berstruktur dalam membimbing usahawan tempatan membina daya tahan perniagaan dan berkembang ke skala lebih besar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur