2025-10-23 HaiPress

BURSA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,22 Oktober- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.
Pada pukul 9.10 pagi,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.30 mata kepada 1,616.53 daripada penutupan Selasa di paras 1,616.83,selepas dibuka 0.73 mata lebih tinggi pada 1,617.56.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu185 berbanding 146 manakala 291 kaunter lain tidak berubah,sebanyak 2,071 tidak diniagakan dan 31 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 194.92 juta saham bernilai RM105.22 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata Wall Street meningkat menjelang pengumuman data inflasi dan laporan pendapatan korporat bagi suku ketiga.
"Kami menjangkakan prestasi bercampur-campur Wall Street selain penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung di Malaysia serta perkembangan positif daripada Belanjawan 2026,dapat memberi sokongan kepada FBM KLCI untuk diniagakan lebih kukuh," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM9.91manakala IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM8.33,Public Bank rugi tiga sen kepada RM4.24,CIMB turun satu sen kepada RM7.34 dan Tenaga Nasional berkurangan dua sen kepada RM13.22.
Bagi dagangan aktif,Verdant Solar yang melakukan kemunculan pertama di Pasaran ACE,naik tujuh sen kepada 38 sen,HHRG dan Land & General masing-masing meningkat setengah sen kepada 7.5 sen dan 18.5 sen manakala Mlabs System dan Yong Tai untung satu sen kepada 8.5 sen dan 15.5 sen.
Kaunter paling untung termasukNestleyang menokok RM1.10 kepada RM110.60,Hong Leong Industries naik 10 sen kepada RM13.78,99 Speed Mart dan LPI Capital masing-masing menambah lapan sen kepada RM3.38 dan RM14.30 danMalayan Cement naiktujuh sen kepada RM6.64.
Sebaliknya bagi kaunter rugi setakat ini,Malaysian Pacific susut 28 sen kepada RM29.56,Fraser & Neave menguncup18 sen kepada RM27.96,UMS turun sembilan sen kepada RM1.90manakala Solarvest dan Tomei masing-masing kehilangantujuh sen kepada RM3.10 dan RM1.91.
Selain itu di papan indeks pula,Indeks FBMT 100 susut 2.96 mata kepada 11,910.43,Indeks FBM Emas Syariah turun 1.35 mata kepada 12,156.10,Indeks FBM ACE berkurangan 3.32 mata kepada 5,308.11,Indeks FBM Emas menguncup 5.77 mata kepada 12,076.93manakala Indeks FBM Mid 70 merosot 9.54 mata kepada 17,105.38.
Bagi sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 8.21 mata kepada 18,245.27,Indeks Perladangan merosot 6.04 mata kepada 7,896.03,Indeks Tenaga susut 3.14 mata kepada 789.14,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.18 mata kepada 171.56. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur