2025-10-23 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Oktober - Pengenalan setem cukai digitaldi bawah Belanjawan 2026 akan memperkukuhkan sistem percukaian negara dengan menggalakkan pematuhan cukai yang lebih baik.
Menurut Rakan Kongsi Percukaian PwC Malaysia,Tariq Murad pendekatan kerajaan dalam belanjawan kali ini lebih tertumpu kepada disiplin dan kecekapan cukai lebih baik,tanpa membebankan rakyat dengan langkah cukai baharu.
Katanya,gabungan setem cukai digital dengan pelaksanaan e-Invois yang telah diperkenal lebih awal akan meningkatkan penguatkuasaan percukaian seterusnya menambah hasil pendapatan negara.
“Secara tidak langsung,langkah ini mampu meningkatkan sumber pendapatan kerajaan tanpa perlu memperkenalkan cukai baharu."
"Pada masa yang sama,kita juga terus bergerak daripada sistem taksir rasmi kepada sistem taksir sendiri bagi memudahkan pematuhan,” katanya ketika menjadi tetamu Biz Malaysia.
Beliau juga menyambut baik cadangan pelepasan cukai kepada individu yang diperluas bagi perbelanjaan taska dan pusat jagaan sehingga umur 12 tahun.
Langkah itu jelasnya,bukan sahaja meringankan beban isi rumah malah dapat meningkatkan produktiviti ibu bapa yang bekerja,di samping membantu pusat jagaan menambah pendapatan.
Beliau menyifatkannya sebagai pendekatan yang seimbang dengan tumpuan terus diberi kepada pengukuhan kutipan hasil tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur