2025-10-23 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,21 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM32.93 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM21.15 bilion.
Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik merangkumi RM3.4 billion untuk tujuh hari,RM1.5 billion bagi 31 hari dan RM1.0 billion untuk 92 hari.
Ia juga menawarkan dua tender repo Islam (perjanjian jual dan beli balik atau SBBA) sebanyak RM500 juta bagi tujuh hari dan RM200 juta untuk 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,SBBA serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.8 bilion dan RM21.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur