2025-10-23 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM37.47 bilion dalam pasaran konvensional dan RM18.71 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan mengeluarkan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.6 bilion untuk tujuh hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.6 bilion dan RM18.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS ketika perdagangan AS-China tegang
Industri reka bentuk pemacu ekonomi kreatif ASEAN
Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur