2025-10-23 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,23 Oktober- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis dalam persekitaran ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China,kata penganalisis.
Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2240/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2280/2325 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,indeks dolar AS (DXY) menyusut 0.04 peratus kepada 98.897 mata berikutan isyarat ketidaktentuan perdagangan AS-China yang muncul semula,yang menyaksikan White House mempertimbangkan pilihan untuk mengehadkan eksport perisian genting.
"Pada masa sama,pentadbiran Presiden AS,Donald Trump turut mengumumkan sekatan ke atas pengeluar minyak terbesar Rusia kerana kerajaan Rusia kurang memberikan komitmen untuk menamatkan perang di Ukraine.
"Sehubungan itu,ringgit dijangka memperlihatkan momentum positif hari ini dengan dolar-ringgit kemungkinan bergerak pada sekitar 4.21 dan 4.22," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan dagangan,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7791/7859 daripada 2.7849/7880 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.6386/6520 daripada 5.6309/6368 dan rendah berbanding euro kepada 4.9024/9140 daripada 4.9019/9072 sebelumnya.
Mata wang tempatan juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2540/2619 daripada 3.2556/2593 ketika ditutup pada Rabu dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 254.6/255.4 daripada 254.9/255.3 sebelumnya.
Bagaimanapun,ia menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8647/9050 daripada 12.8573/8769,dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.23/7.25 berbandingketika ditutup semalam. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur