2025-10-27 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pembukaan Sidang Kemuncak Perniagaan Bloomberg,yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur,malam tadi/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Oktober - Malaysia menegaskan komitmen ASEAN untuk meneruskan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dalam menangani krisis kemanusiaan dan politik di Myanmar.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gencatan senjata mesti menjadi syarat asas sebelum sebarang usaha dialog diteruskan.
"Begitu juga dengan masalah di Myanmar,ia masih menjadi isu yang bermasalah. Kami telah menetapkan konsensus lima perkara ini,beberapa parameter yang telah dipersetujui oleh semua negara ASEAN. Tetapi masih,kami terus berusaha untuk berhubung. Saya telah bertemu dengan ketua tentera dua kali,sekali di Bangkok dan sekali di Beijing dan memberitahunya bahawa tiada perdebatan.
"Gencatan senjata adalah wajib. Jika tidak,tiada gunanya berbincang. Dan itu adalah syarat awal untuk kami menyokong mereka dengan bantuan kemanusiaan,terutamanya selepas gempa bumi,gempa bumi yang memusnahkan,serta mendirikan hospital tentera atau hospital lapangan," katanya pada Majlis Makan Malam Pembukaan Sidang Kemuncak Perniagaan Bloomberg,yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47,di sini malam tadi.
Datuk Seri Anwar berkata Malaysia turut menekankan keperluan akses penuh bagi bantuan kemanusiaan,tanpa mengira latar politik atau kumpulan etnik yang terkesan.
Malaysia juga terus menyediakan sokongan kemanusiaan termasuk hospital medan serta penerimaan hampir 200,000pelarian Myanmar yang kini berada di Malaysia.
Tambah beliau,walaupun kemajuan masih perlahan,terdapat perkembangan positif kecil apabila sebahagian kawasan konflik menunjukkan pengurangan ketegangan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur