2025-10-27 HaiPress

Gimik perasmian MYAirportCARES Lestari Seni Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bharu./BERNAMA
KOTA BHARU,27 Oktober - Usaha memartabatkan semula seni warisan rebana ubi perlu dipergiatkan berikutan muzik tradisional itu sudah semakin dilupakan masyarakat.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan),Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),Rosnan Abdul Rahman,berkata penggiat rebana ubi kini semakin berkurangan,dengan hanya kira-kira 10 hingga 12 orang sahaja yang masih aktif menghasilkan alat muzik itu di Kelantan.
Beliau berkata,meskipun pelbagai bengkel dan program dijalankan secara berterusan,usaha memulihara seni berkenaan memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan pembabitan lebih meluas.
Sebagai salah satu usaha memperkasa warisan berkenaan,JKKN dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melancarkan inisiatif 'MYAiportCARES Lestari Seni: Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi' yang berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),malam tadi.
“Melalui inisiatif ini,kita akan menambah baik aspek pembuatan rebana ubi kerana ia memerlukan kemahiran tinggi. Program ini juga melibatkan pelaksanaan program rintis dan bengkel rebana ubi,” katanya kepada pemberita di sini.
Program tersebut turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM140,000 kepada Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat bagi menaik taraf bengkel,membeli mesin,membaik pulih rebana ubi serta melaksanakan aktiviti pemerkasaan komuniti seni tempatan.
Katanya,usaha itu bukan sahaja membantu komuniti seni budaya menjana pendapatan melalui aktiviti kesenian,tetapi juga memastikan seni warisan rebana ubi terus diwarisi generasi akan datang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur