2025-10-27 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi./BERNAMA
PUTRAJAYA,27 Oktober - Cadangan untuk mewujudkan Hari Muzik Negara sebagai satu langkah pengiktirafan terhadap sumbangan penggiat seni muzik tanah air sedang diteliti Kementerian Komunikasi.
Menterinya,Datuk Fahmi Fadzil berkata cadangan itu adalah susulan kajian industri muzik nasional yang dilaksanakan selama dua tahun oleh MyCreative Ventures dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi.
Kajian tersebut merangkumi keseluruhan ekosistem industri muzik negara,termasuk aspek royalti,penggiat muzik,penganjur acara,penerbit serta penulis lirik.
“Hasrat kita adalah untuk memberi pengiktirafan bukan sahaja kepada mereka yang berada di atas pentas,tetapi juga kepada tenaga di sebalik tabir termasuk mereka dalam bidang akademik dan semua yang berkecimpung dalam dunia muzik.
“Cadangan ini masih di peringkat awal dan kita sedang meneliti dapatan kajian secara menyeluruh sebelum dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini,hari ini.
Jelas beliau,sebuah jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan selepas pembentangan laporan kajian kepada kementerian bulan lalu.
Datuk Fahmi menegaskan,sekiranya diluluskan,sambutan Hari Muzik Negara berpotensi menjadi platform tahunan untuk meraikan bakat tempatan,mengangkat industri muzik sebagai pemacu ekonomi kreatif,serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem muzik serantau.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur