2025-10-27 HaiPress

JPJ menjalankan Op Gempur di Plaza Tol Sungai Petani Utara /Foto RTM
SUNGAI PETANI,27 Oktober – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 50 peratus bagi menjelaskan saman tertunggak,bermula 1 November hingga 30 Disember ini.
Ketua Pengarahnya,Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tawaran diskaun itu terpakai bagi semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun.
“Saya menggesa rakyat Malaysia agar mengambil peluang ini. Dalam tempoh dua bulan bermula 1 November,orang ramai boleh membuat bayaran melalui mana-mana saluran. Selepas tempoh ini berakhir,kita tidak akan menawarkan pengurangan saman lagi,” katanya.
Menurutnya,pembayaran boleh dilaksanakan melalui kaunter JPJ,aplikasi MyJPJ atau laman web seperti MyEG.
Beliau ditemui selepas menyertai Operasi Gempur di Plaza Tol Sungai Petani Utara,Kedah,malam tadi.
Menurut Datuk Aedy Fadly,setakat ini jumlah tunggakan saman JPJ mencecah 1.5 juta notis saman dengan nilai keseluruhan hampir RM1.9 bilion.
Dari 3 Januari hingga semalam,sebanyak 997,885 notis saman dengan nilai lebih RM149 juta telah dijelaskan pengguna jalan raya.
“Orang ramai diharap dapat berbuat demikian kerana mulai 1 Januari 2026 tiada lagi diskaun dikeluarkan kepada umum termasuklah saman JPJ dan saman PDRM," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur