2025-10-27 HaiPress

Program BAS.MY ialah penjenamaan semula kepada perkhidmatan myBAS di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (TBBH)
KUALA LUMPUR,27 Oktober - Seramai 49,611 individu telah menerima manfaat perkhidmatan BAS.MY di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (TBBH) setakat Ogos tahun ini,kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata,pelaksanaan program itu memberi tumpuan di kawasan ibu negeri dan sekitarnya,khususnya di luar Lembah Klang.
Tambah beliau,program itu bagi memastikan rakyat di negeri lain turut menikmati kemudahan pengangkutan awam yang efisien.
“Secara keseluruhan,78 peratus daripada pengguna yang menikmati perkhidmatan bas percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY adalah warga emas,diikuti 13 peratus pelajar sekolah,enam peratus orang kurang upaya (OKU) dan tiga peratus mahasiswa.
“Jumlah pengguna Kad Konsesi BAS.MY paling tinggi direkodkan di Johor Bahru,Kuching,Ipoh,Seremban dan Melaka,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat,hari ini.
Menurut Loke,Johor Bahru mencatatkan jumlah pengguna tertinggi dengan 16,832 orang,diikuti Kuching (10,215),Ipoh (7,304),Seremban (6,310) dan Melaka.
Tambah beliau,Kementerian Pengangkutan kini sedang memperkenalkan perkhidmatan bas percuma BAS.MY secara berfasa di Kota Kinabalu,bagi memperluas capaian manfaat program itu kepada lebih ramai pengguna di Sabah.
ProgramBAS.MYialahpenjenamaan semula kepada perkhidmatan myBASdi bawahProgram Transformasi Bas Berhenti-henti (TBBH)yang dilaksanakan olehKementerian Pengangkutan (MOT)melaluiAgensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Ia mula diperkenalkan padatahun 2024bagi menggantikan nama lamamyBAS,dengan tujuanmenyeragamkan identiti sistem bas perantara seluruh negaradan menjadikannya lebih mudah dikenali rakyat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur