2025-10-27 HaiPress

Pertemuan singkat penuh bermakna antara Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini/Foto Facebook PMO
KUALA LUMPUR,27 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan Presiden Amerika Syarikat,Donald J. Trump dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) dan Pelan Damai Gaza,yang disifatkan sebagai sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan singkat dengan Trump pagi ini,sebelum Presiden Amerika Syarikat itu berlepas ke Tokyo,Jepun.
"Pertemuan ini memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat yang telah dijalankan sebelum ini,termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan,teknologi,dan keamanan serantau," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN berkata Malaysia dan Amerika Syarikat tekad memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
"Malaysia dan Amerika Syarikat bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat,kepentingan bersama,dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat," tambah beliau.
Donald Trump tiba di Malaysia semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara.
Kehadiran Trump merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini dalam tempoh sedekad.








Sebelumnya
Seterusnya
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur