2025-10-27 HaiPress

Foto RTM
SHAH ALAM,27 Oktober - Polis Selangor mencadangkan agar Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dijadikan sebagai ahli tetap dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperkukuh kerjasama aspek keselamatan dan kesejahteraan pelajar.
Timbalan Ketua Polis Selangor,DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata syor berkenaan bagi memastikan PPS bukan sekadar membuat lawatan ke sekolah,sebaliknya terlibat secara aktif dan menyumbang idea secara langsung,sekali gus memperkasa peranannya.
Beliau memaklumkan,cadangan itu akan dibawa dalam mesyuarat permuafakatan peringkat nasional yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Pendidikan dan Ketua Polis Negara,esok.
"Inisiatif yang telah dipersetujui pada peringkat Selangor ini akan dibawa ke peringkat nasional dan sekiranya dipersetujui,Insya-Allah ia akan dilaksana di seluruh negara," katanya dalam sidang media selepas program keselamatan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam,hari ini.
Dalam pada itu beliau memaklumkan,Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) merekodkan 265 kes buli melibatkan pelajar dan 954 kes salah laku lain dengan 41 kertas siasatan dibuka.
"Jika kita melihat dari segi peratusan,angka 1,219 kes jenayah daripada jumlah keseluruhan 1,000,000 orang pelajar (di Selangor) itu bukanlah jumlah yang besar.
"Kita masih berada di tahap yang baik,cuma ada beberapa kes saja yang memberi persepsi buruk akan tahap jenayah pelajar sekolah di negeri ini," katanya
DCP Mohd Zaini turut menekankan komitmen tuntas pihaknya dalam menangani gejala sosial dan masalah disiplin di sekolah termasuk buli dan jenayah seksual.
"Antara yang sedang dilaksanakan termasuklah rondaan Kenderaan Rondaan Bergerak (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) secara berkala di kawasan sekolah serta pemeriksaan mengejut di sekolah harian dan berasrama yang dikenal pasti bermasalah.
"Polis turut menggalakkan penggunaan aplikasi Volunteer Smart Phones (VSP) bagi membolehkan masyarakat melaporkan jenayah secara terus kepada pihak polis," ujarnya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur