2025-10-27 HaiPress

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang
KUALA LUMPUR,27 Oktober - Sebanyak RM198.17 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan mesra rakyat (touchpoint) di kawasan luar bandar seluruh Sarawak bagi tahun ini,kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Beliau berkata,peruntukan itu merangkumi beberapa komponen utama termasuk Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) berjumlah RM112.42 juta melibatkan 5,369 buah rumah,selain 169 projek jalan perhubungan desa bernilai RM67 juta.
“Sebanyak 28 projek jalan ladang dan jalan perhubungan desa dengan kos RM13.5 juta turut dilaksanakan,serta 18 projek ameniti sosial bernilai RM5.25 juta,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Selangau,Edwin Anak Banta,di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Rubiah,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melaksanakan empat projek mesra rakyat bagi kawasan Parlimen Selangau.
Antaranya tiga projek jalan perhubungan desa dan satu projek PPRS dengan kos keseluruhan RM1.9 juta.
"Projek-projek tersebut telah memberi manfaat langsung kepada 23 ketua isi rumah melalui baik pulih kediaman,serta 750 penduduk kampung yang menikmati kemudahan lebih baik hasil naik taraf jalan perhubungan desa di kawasan berkenaan," katanya.
Rubiah menegaskan pelaksanaan projek mesra rakyat selaras dengan pendekatan ‘people-centric’ KKDW bagi memastikan komuniti luar bandar menikmati kemudahan asas dan pembangunan seimbang.
“Kementerian komited memastikan tiada komuniti luar bandar yang tertinggal dalam arus pembangunan negara,” tegasnya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur