2025-10-27 HaiPress

Kehadiran ramai pemimpin dunia menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan dan keupayaan Malaysia./BERNAMA
PUTRAJAYA,27 Oktober – Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 oleh Malaysia membuktikan kekuatan diplomasi negara serta keupayaan menjadi penggerak utama kestabilan serantau dan rakan dagang penting kepada kuasa besar dunia.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata kejayaan Malaysia menghimpunkan pemimpin-pemimpin utama dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta menyaksikan termeterainya Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur antara Thailand dengan Kemboja menunjukkan penerimaan global terhadap peranan Malaysia di pentas antarabangsa.
“Ini adalah detik yang sangat signifikan kerana membuktikan Malaysia menjadi tumpuan bukan hanya rantau ini tetapi juga dunia dengan cara kita berdiplomasi,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Beliau berkata,Malaysia berjaya mengemudi sidang kemuncak itu dengan pendirian berkecuali dan terbuka,membolehkan negara menjalin kerjasama ekonomi dengan pelbagai pihak tanpa terikat kepada mana-mana blok geopolitik.
“Kita tidak berpihak kepada China,Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah. Kita bersedia untuk berbincang dan mengadakan perjanjian perdagangan dengan semua pihak. Apa yang menjadi keutamaan adalah kelangsungan dan perkembangan ekonomi negara kita,” katanya.
Menurut Fahmi,kehadiran ramai pemimpin dunia dalam sidang kemuncak tersebut turut menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan dan keupayaan Malaysia.
“Kehadiran Presiden Trump sendiri membuktikan Malaysia bukan negara biasa-biasa. Kita berupaya menjadi jambatan perdamaian dan rakan perdagangan kepada semua,” katanya.
Beliau menegaskan,penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 meletakkan Malaysia pada landasan lebih kukuh dalam aspek diplomasi dan ekonomi,selain membuka ruang baharu kerjasama antarabangsa.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur