2025-10-27 HaiPress

FOTO FAIL/ RTM
KUALA LUMPUR,24 Oktober - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat,menjelang laporang inflasi AS yang akan dikeluarkan malam ini,kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2190/2285 berbanding dolar AS daripada 4.2250/2285 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan indeks harga pengguna (IHP) AS akan menjadi tumpuan hari ini,ia akan dikeluarkan walaupun penutupan kerajaan AS.
Beliau berkata anggaran konsensus mengunjurkan IHP utama AS akan meningkat sebanyak 3.1 peratus pada September selepas meningkat 2.9 peratus pada Ogos.
"Nampaknya tarif import AS telah mula memberi impak kepada harga barangan dan perkhidmatan dengan kutipan duti Kastam AS telah melonjak 200 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kepada AS$174 bilion.
“Setakat ini,Indeks Dolar AS (DXY) berlegar sekitar 98 hingga 99 mata. Sehubungan itu,ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar,antara RM4.22 hingga RM4.23 hari ini," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan,ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6227/6353 dariada 5.6395/6442 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.7655/7719 daripada 2.7687/7712 ketika ditutup pada Khamis,bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9021/9131 daripada 4.8976/9017.
Dalam pada itu,ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2491/2570 daripada 3.2513/2542 ketika ditutup pada Khamis dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.20/7.22 daripada 7.21/7.22.
Mata wang tempatan turut menambah berbanding baht Thailand kepada 12.8608/8977 daripada 12.8772/8937 ketika ditutup semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 253.6/254.4 daripada 254.0/254.4. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur