2025-10-27 HaiPress

Gambar hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Oktober - Belanjawan 2026 disifatkan sebagai pelan fiskal berdisiplin dan berpaksikan rakyat,dengan tumpuan kepada pelaburan,inovasi serta kelestarian ekonomi negara.
Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL) berpandangan belanjawan tersebut selari dengan usaha kerajaan memperkukuh pertumbuhan ekonomi berasaskan produktiviti dan pembaharuan struktur.
ECKL dalam satu laporan Belanjawan,menegaskan bahawa pendekatan berdisiplin itu penting bagi memastikan kestabilan fiskal jangka panjang.
Selain meningkatkan keyakinan pelabur terhadap daya saing dan keupayaan negara melaksana agenda transformasi ekonomi secara mampan.
Dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM419.2 bilion,belanjawan itu menyasarkan pertumbuhan ekonomi 4.0 hingga 4.5 peratus dan pengurangan defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar,(KDNK).
Ia juga menandakan peralihan daripada subsidi kepada transformasi berasaskan pelaburan bawah Rangka Kerja Fiskal Sederhana 2026–2028.
Antara tumpuan utama termasuk pengukuhan pendapatan negara melalui e-invois,kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tertinggi RM59.6 bilion serta pelaksanaan cukai karbon pada 2026.
ECKL berkata,langkah rasionalisasi subsidi akan membolehkan penjimatan disalurkan kepada bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR),Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Selain memperkukuh strategi perindustrian menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),Strategi Semikonduktor Nasional dan Peta Jalan Peralihan Tenaga Nasional.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur