2025-10-27 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 Oktober - Pasaran getah Malaysia dijangka melonjak minggu hadapan selepas hujan lebat yang berterusan di negara-negara pengeluar getah utama seperti Thailand dan Malaysia,terus menjejaskan produktiviti selainmenimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan.
Pakar industri Denis Low menyatakan,Jabatan MeteorologiThailand telah mengeluarkan amaran ribut untuk selatan Thailand disebabkan oleh peralihan corak monsun.
“Di Malaysia,Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut petir untuk beberapa neger dan secara serantau,Asia Tenggara mengalami fenomena antara monsun awal,dengan angin kencang yang kuat dan hujan lebat yang berterusan terus menghalang produktiviti getah,” katanya.
Harga minyak mentah serta dolar US yang tidak menentu turut mempengaruhi sentimen dan permintaan pasaran.
“Ketidakstabilan ini mencerminkan ketidakpastian dan boleh mewujudkan sikap berhati-hati serta kebimbangan dalam kalangan peserta pasaran.
Oleh itu,kami mungkin akan melihat pendekatan yang lebih berwaspada ke atas urus niaga dalam komoditi ini,” katanya.
DariJumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 meningkat sebanyak 12 sen pada minggu ini kepada 748.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal menyusut satu sen kepada 568 sen sekilogram.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur