2025-10-27 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 Oktober – Kadar pasaran wang antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,didorong operasi berterusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Sepanjang minggu ini,bank pusat menjalankan campur tangan harian melalui instrumen reverse repo dan Islamic reverse repo (perjanjian jual dan beli semula) bagi mengurangkan lebihan kecairan berkenaan.
Berdasarkan mingguan,lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM37.50 bilion berbanding RM38.10 bilion pada Jumaat minggu lalu.
Namun,lebihan kecairan dalam sistem Islam meningkat kepada RM23.70 bilion daripada RM21.20 bilion sebelum ini.
Sementara itu,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.75 peratus setakat 23 Okt 2025.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur