2025-10-27 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Oktober - Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN dilihat mampu meningkatkan profil,status dan dinamika hubungan strategik rantau ini dengan Washington,sekali gus membuka ruang kerjasama serantau yang lebih fleksibel.
Pengarah Institut Pengantarabangsaan dan Kajian ASEAN (INTAS),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Profesor Dr. Phar Kim Beng berkata,meskipun Trump dikenali dengan kecenderungan terhadap hubungan dua hala,komitmen diplomasi negara anggota mampu mengalihkan fokus Washington ke arah kerjasama yang lebih luas.
Katanya,minat Malaysia serta pendekatan diplomasi ASEAN membuka peluang baharu kepada AS untuk meneroka model keterlibatan rantau yang lebih dinamik.
“Ini merupakan titik tolak dan platform baharu bagi kedua-dua pihak untuk meneroka satu lagi model hubungan,bukan sahaja hubungan dua hala dan pelbagai hala,tetapi juga minilateral.
"Ini bermakna AS berpotensi melaksanakan projek berkaitan bahan nadir bumi dan bahan kritikal bersama Malaysia,Myanmar dan Kemboja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Grandstand ASEAN,di sini,hari ini.
Menurutnya,pendekatan kerjasama pelbagai hala itu bukan sahaja mampu membuka laluan kepada pembentukan rantaian bekalan strategik baharu,malah dapat meredakan ketegangan geopolitik.
Beliau menjangkakan langkah itu berupaya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap rantau ini,namun kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada kemampuan ASEAN mengekalkan pendirian neutral dalam persaingan kuasa besar.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur