2025-10-29 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan semalam/Foto PMO
KUALA LUMPUR,29 Oktober — Malaysia terus berperanan sebagai pemacu utama dalam memperkukuh dialog,memperjuang keamanan serta menjulang semangat keterangkuman dan kesejahteraan rantau ini,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Anwar menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berakhir dengan semangat perpaduan serta kebersamaan serantau yang tinggi.
“Alhamdulillah,Malaysia melabuh tirai Kepengerusian ASEAN dengan penuh kejayaan,semangat perpaduan,dan kebersamaan serantau,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.
Tambah beliau,sidang kemuncak selama tiga hari itu mencapai pelbagai hasil penting termasuk kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 serta pengukuhan kerjasama strategik dan ekonomi yang lebih mampan antara negara anggota.
“Hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diteruskan dengan pelbagai agenda penting melibatkan seluruh negara anggota,” katanya.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pemimpin ASEAN atas semangat kerjasama dan komitmen tinggi dalam memastikan rantau ini terus aman,makmur dan bersatu.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung selama tiga hari,melabuhkan tirainya,semalam.
Ia melakar beberapa pencapaian,termasuk penyertaan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 blok serantau itu dan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dengan Kemboja.
Ini adalah kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN,manakala Filipina akan menggalas tanggungjawab itu pada tahun depan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur