2025-10-29 HaiPress

FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA,29 Oktober - Penjawat awam kekal sebagai tunjang pembangunan negara dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat meskipun dunia semakin kompleks dan berdepan pelbagai cabaran,kata Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil.
Datuk Fahmi berkata,nilai amanah,kejujuran dan keikhlasan perlu terus menjadi asas dalam perkhidmatan awam,selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecekapan dan perikemanusiaan.
"Menjadi penjawat awam bukan sekadar pekerjaan,tetapi satu amanah dan panggilan untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab," katanya ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang 2025 di Menara Komunikasi di sini hari ini.
Majlis berkenaan meraikan seramai 141 pesara Kementerian Komunikasi serta jabatan dan agensi di bawahnya sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka.
Datuk Fahmi turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pelbagai inisiatif kebajikan untuk penjawat awam,termasuk kenaikan skim saraan terbesar dalam sejarah negara bernilai RM10 bilion tahun ini dan RM18 bilion tahun depan,serta Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam dan pesara menjelang Aidilfitri.
"Walaupun tanggungjawab rasmi telah berakhir,legasi pesara akan terus menjadi cahaya yang membimbing generasi baharu,” katanya lagi.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur