2025-10-29 HaiPress

KUALA LUMPUR,29 Oktober - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berakhir semalam sebagai satu kejayaan besar dan bersejarah.
Nga berkata,kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah kepada salah satu acara antarabangsa terbesar itu membuktikan keupayaan tinggi perkhidmatan awam negara dengan sokongan kukuh sektor swasta.
“Perkhidmatan awam kita telah membuktikan bahawa Malaysia mampu melaksanakan penganjuran bertaraf dunia apabila diberikan hala tuju dan kepimpinan yang jelas.
"Sidang ini membuktikan kejayaan apabila kerajaan MADANI dan rakyat bekerjasama secara erat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Katanya,Malaysia kekal komited memperkukuh kemakmuran bersama dan kelestarian serantau melalui kerjasama rapat antara negara anggota ASEAN serta rakan dialog.
“Beberapa hari lalu telah mencatat detik bersejarah buat rantau ASEAN. Sidang kemuncak ini mengukuhkan perpaduan dan ketahanan rantau kita dalam menghadapi cabaran global," katanya.
Terdahulu,Kor Ming selaku Menteri Pengiring menghadiri majlis pelepasan rasmi kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao Sonexay Siphandone di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang berlangsung di ibu negara mencatat beberapa kejayaan utama.
Antaranya Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Peace Accord),Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pertumbuhan Hijau Inklusif,penerimaan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN,serta komitmen bersama memperkukuh daya tahan perumahan dan rangkaian bandar pintar serantau.




Sebelumnya
Seterusnya
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur