2025-10-29 HaiPress

Seorang wanita warga asing maut,manakala anak perempuannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran kedai cuci kereta di Sungai Dua
GEORGE TOWN,29 Oktober - Seorang wanita warga asing maut,manakala anak perempuannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran kedai cuci kereta di Sungai Dua,malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abdul Rozak Muhammad mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.40 malam itu.
"Ketika kejadian,pemandu SUV berusia 57 tahun,seorang lelaki warga tempatan,dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Dua menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.
"Siasatan awal mendapati ketika melalui lokasi kejadian,pemandu berkenaan telah terlanggar mangsa,seorang wanita berusia 40 tahun bersama anak perempuannya berusia dua tahun yang sedang melintas jalan dari kiri ke kanan," katanya.
Akibat pelanggaran itu,wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian,manakala anaknya mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun pemandu SUV tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur